Kuil Kek Lok Si di Pulau Pinang yang dibina pada tahun 1890, merupakan kuil agama Buddha yang terbesar di Pulau Pinang dan di Asia Tenggara. Daya tarikan utama di kuil Kek Lok Si adalah patung Dewa Kuan Yin yang besar. Selain daripada biara, terdapat pagoda setinggi tujuh tingkat yang mempamerkan 10,000 imej Buddha. Kuil Kek Lok Si turut memiliki banyak patung dewa-dewa dan laman yang mempunyai kolam besar yang dipenuhi kura-kura dan ikan kap.
Air Itam
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Air Itam merupakan sebuah bandar di Pulau Pinang, Malaysia. Kuil Kek Lok Si dan Bukit Bendera yang terkenal terletak di sini. Masjid Negeri Pulau Pinang juga terletak di sini. Bandar Baru Air Itam merupakan sebuah bandar yang berhampiran dengan Air Itam. Air Itam terkenal dengan daya tarikannya berkaitan makanan iaitu 'laksa' yang dijual di persimpangan Kuil Kek Lok Si. Populasi penduduk Air Itam dikuasai oleh kaum Cina.
没有评论:
发表评论